iklan

Friday 30 March 2012

SPG RENGGAM S2H
2nd PRISON JAMBOREE 2013

30 JUNE 2013

Sunday
Fee RM 50 with Insurance

              Pengalaman dalam menganjurkan SPG RENGGAM PRISON JAMBOREE 2012 yang pertama kali kami anjurkan telah mengajar kami tentang selok belok penganjuran,kelemahan dan kepincangan yang perlu kami perbaiki lagi bagi menghadapi SPG RENGGAM S2H 2nd PRISON JAMBOREE 2013. Pada kali ini,iaitu pada kali kedua.


              Makluman, Jamboree kali kedua ini,kami mempelawa Rider dari dalam dan luar Negara menyertainya. Kami menghadkan 1000 Rider bagi memeriahkan lagi Jamboree pada kali kedua ini.


              Kami warga kerja Kelab Basikal Penjara Simpang Renggam (KBPSR) begitu komited mengwar-warkan berita sensasi ini pada seluruh Kelab Kelab MTB, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Jabatan,Individu,Badan Badan NGO, bagi mengambil serta menyahut cabaran bersaing di Arena SPG RENGGAM S2H 2nd PRISON JAMBOREE 2013 pada kali ini.Sekian terima kasih.

Tarikh: 30 Jun 2013
Pelepasan (off flag: 8.30 am
Tempat:  Penjara Simpang Renggam

Yuran: Rm 50.00 (Termasuk Insurance)
Categori: Men Open / Ladies Open / Otai (veteran)/Jabatan Penjara Malaysia
Jarak Kayuhan 38 km
Tarikh tutup penyertaan: 23.6.2013
Pengambilan Goodies: 29.6.2013  dari jam 8 pagi hingga 10 malam

Sebarang pertanyaan hubungi:

PP AZMAN BIN ALI
(Penasihat KBPSR)
Tel: 019-6588175

IP Ahmad Bin Lokman
(Setiausaha KBPSR)
Tel.No:019- 3388309

Othman Bin Melan
(Ahli Jawatan Kuasa KBPSR)
Tel.No: 0137193250 & Office 07-7551124
ADMIN IT

Link ke FB Event 2nd Prison Jamboree

SENARAI PESERTA SPG RENGGAM S2H 2ND PRISON JAMBOREE 2013
UPDATE 24 JUN 2013 JAM10.20 MALAM
Link Ke FB KBPSR  (klick disini)

Safreyzal
(Ahli Jawatan Kuasa KBPSR)
Tel. NO: 012-7997041 & Office 07-7551017


"MAJALAH SUKAN UNTUK NEGARA"



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Terbuka kepada peminat MTB dari dalam dan luar Negara.

Semua perserta yang mendaftar dalam pertandingan Spg Renggam S2H 2nd Prison Jamboree 2013,secara atomatik diberi perlindungan Insurance kelompok..

Untuk kategori Men Open berumur 18 hingga 41 tahun,.manakala dalam kategori Otai (veteran) pula berumur 42 dan keatas,pendaftaran otai secara automatik didaftarkan mengikut nombor kad pengenalan, dan open wanita berumur 18 tahun dan keatas.

Untuk kategori Jabatan Penjara Malaysia,Pengurus pasukan hendaklah menentukan No IC dan nombor patil disertakan didalam borang pendaftaran.Pihak penganjur telah bersetuju untuk mengadakan 2 kategori, iaitu peseorangan dan kumpulan.Boleh menghantar sebarapa ramai perserta,tapi untuk menentukan johan kumpulan, pemenang akan dikira kepada 4 perserta yang sampai dahulu (best 4).Sebarang penipuan pendaftaran kumpulan tuan akan disingkirkan.

Bagi Peserta Remaja 13 hingga 17 tahun,mesti mendapat kebenaran dari penjaga,tandatangan penjaga, ada pada borang penyertaan.

Semua perserta diwajibkan memakai topi keleder,size tayar bersesuaian dengan MTB dan memastikan basikal didalam keadaan baik,bagi menghadapi sebarang risiko.Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawap diatas kecuaian anda sendiri.

Peserta mesti sihat tubuh badan,dan tidak menghadapi sebarang penyakit kronik.

Borang dan yuran penyertaan hendaklah dikemukakan sebelum 23.6.2013

Yuran penyertaan sebanyak RM 50.00, termasuk Insurance Kelompok (merangkumi  T Shirt, Goodies dan makanan),nama dan nombor kad pengenalan mestilah sama,semasa mengisi borang pendaftaraan.untuk didaftarkan dengan Syarikat Insurance Kelompok.Ini ada untuk mengelak sebarang kesulitan.


  Medal finisher akan diberikan kepada semua peserta yang dapat menamatkan perlumbaan sehingga kegarisan penamat.

Borang yang lengkap berserta Slip Bank pembayaraan boleh difakskan seperti dibawah,dan slip Bank Original hendaklah dibawa semasa pengambilan Goodies. 

 Peserta akan diberi taklimat undang2 dan syarat kayuhan sebelum pelepasan .Peserta mesti mematuhi dan keputusan pengadil adalah martamat

 Hadiah berbentuk wang tunai adalah tertaluk kepada penetapan jawatankuasa.bergantung kepada penyertaan dan jumlah penaja.

PENAFIAN

Penarikan perserta setelah pendaftaraan/pembayaraan dibuat,maka wang perserta tidak akan dikembalikan.

 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawap ke atas sebarang masalah yang timbul daripada peserta kerana kecuaian serta kelalaian untuk megikut sebarang syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan

 Pehak  Penganjur Jabatan Penjara Simpang Renggam berhak mengubah,menukar,meminda,mana mana bahagian syarat-syarat penyertaan  pada bila-bila masa jika perlu.

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT SEKARANG KEPADA:

AZIZI BIN ABDULLAH
(Penolong Bendahari KBPSR)
Tel.No: 017-5478165 & Office 07-7551143
MAYBANK: 108225181256 
FAX NO: 07-7551714
(Please attach fax to us a copy of the bank slip for conformation together with the form or email to azizi_psr@live,com)
DOWNLOAD BORANG 2ND PRISON JAMBOREE 2013

DOWNLOAD BORANG GUNA 4SHARED

HADIAH KEJOHANAN

KATEGORI TERBUKA LELAKI

Johan wang tunai                           RM 300.00, Medal dan Jersey
Naib johan wang tunai                   RM 150.00
Ketiga wang tunai                          RM 100.00
Keempat:wang tunai                      RM   50.00
Kelima wangtunai                          RM   50.00

KATEGORI TERBUKA WANITA

Johan. wang tunai                          RM 150.00, medal dan jersey
Naib johan wang tunai                   RM 100.00
Ketiga wang tunai                          RM   50.00

KATEGORI OTAI (VETERAN)

Johan wang tunai                           RM 200.00, medal dan jersey
Naib Johan wang tunai                   RM 150.00
Ketiga wang tunai                          RM 100.00
Keempat wang tunai                      RM   50.00
Kelima wang tunai                         RM   50.00

KATEGORI PENJARA

Johan wang tunai                           RM 300.00,medal dan jersey
Naib Johan wang tunai                   RM 150.00
Ketiga wang tunai                          RM 100.00
Keempat wang tunai                      RM   50.00
Kelima wang tunai                         RM    50.00

JOHAN KUMPULAN PENJARA (BEST 4)
PIALA KETUA PENGARAH PENJARA MALAYSIA
                                                                                                                                                     







HADIAH BERTUAH
Pehak penganjur ada menyediakan sebanyak 80 hadiah bertuah untuk dimenangi dalam Simpang Renggam S2H 2ND Prison Jamboree 2013 dengan hadiah utamanya (cabutan terakhirnya) dengan sebuah basikal MTB
Polygon MTB 29 RM 4,500.00
Polygon MTB 26 RM 4,000,00
MAKLUMAT TERKINI

Kepada semua perserta,samada individu atau kumpulan yang tinggal jauh(BUDGET) dan ingin bermalam dalam kawasan Penjara.Pihak Penganjur ada menyediakan tapak perkhemahan untuk anda mendirikan khemah (Khemah bawa sendiri).Kemudahan bilik mandi untuk lelaki dan wanita ada disediakan untuk para rider,Sebarang masalah anda boleh hubungi Tuan Azman di tel 0196588175

Untuk Kategori Penjara.Disebabkan tempat penginapan yang terhad,Pihak Penganjur (Penjara Simpang Renggam) ada menyediakan tempat bermalam untuk 70 riders sahaja.Keutamaan diberi kepada mana-mana Intituasi yang mendaftar awal.Ketua kumpulan, sila hubungi PP Azman di tel 0196588175 dengan kadar segera.Dan semasa mengisi borang pendaftaran,tentukan nama,no IC dan no Patil disertakan.




TRAIL SPG RENGGAM S2H 2ND PRISON JAMBOREE 2012







WAY TO 2ND PRISON JAMBOREE 2013

No comments:

Post a Comment